Berita UtamaUtama

Klinik Kesihatan Tampin terbakar

Punca kebakaran, jumlah kerugian masih disiasat

TAMPIN, 7 Syawal 1439H, Khamis – Sebahagian premis Klinik Kesihatan Tampin, Negeri Sembilan terbakar dalam kejadian yang berlaku jam 5 pagi tadi.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zainudin Mohd Ali berkata, insiden berkenaan menyebabkan Unit Farmasi klinik kesihatan terbabit mengalami kerosakan.

Beliau berkata, api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 7 pagi tadi, namun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Serentak itu, beliau turut memaklumkan bahawa Klinik Kesihatan Tampin akan dipindahkan sementara ke Klinik Pakara, Hospital Tampin serta-merta bermula hari ini sehingga kerja pembaikan premis berkenaan selesai.

“Semua pesakit yang memerlukan rawatan pesakit luar dan yang datang berkala bolehlah mendapatkan rawatan di Hospital Tampin buat sementara ini berkuat kuasa hari ini sehingga dimaklumkan kemudian.

“Sebarang pertanyaan yang melibatkan rawatan pesakit, bolehlah berhubung dengan Pejabat Kesihatan Tampin menerusi talian 06-4411643.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan akan terus komited dan berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti khususnya para penduduk di daerah Tampin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close