Berita UtamaUtama

Amirudin mulakan tugas sebagai MB Selangor

SHAH ALAM, 6 Syawal 1439H, Rabu – Menteri Besar Selangor yang baharu, Amirudin Shari, memulakan tugasnya hari ini di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini.

Amirudin, tiba kira-kira pukul 7.55 pagi di bangunan tersebut dan disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahya, barisan EXCO Selangor dan kira-kira 20 kakitangan pentadbiran.

Amirudin kemudiannya mengetip kad perakam waktu tepat pada pukul 8 pagi di pejabatnya di tingkat 21 di kompleks pentadbiran kerajaan negeri itu sebelum bertemu secara tertutup dengan para pegawai kanan kerajaan Selangor.

Amirudin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor ke-16 menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau dijadualkan menyampaikan ucapan penerimaan jawatannya secara lintas langsung pada jam 11.30 pagi nanti.

Sebelum ini, Amirudin memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close