Berita UtamaPendapat

Kempen ‘Kembalikan Nama Asal, Hapuskan Jejak Penjajah’ kini ke Negeri Sembilan

Bandar Ainsdale, Forest Height perlihat kurangnya sensitiviti angkat bahasa Melayu

SELAKU Jawatankuasa Pusat Pemuda ISMA, kami menyatakan bahawa kecintaan kami kepada negara tiada tolok bandingnya.

Kami berkemahuan agar identiti negara terus dipelihara dalam keadaan asli tanpa celupan ideologi mana mana pihak luar.

Kami menyatakan bahawa negara ini bertamadun Melayu, Islam dan institusi raja sebagai paksinya serta bahasa melayu sebagai sumber identiti.

Lalu, kami mengerakkan kempen ‘Kembalikan Nama Asal, Hapuskan Jejak Penjajah’ dengan menjadikan Bukit St Paul kembali pada nama Bukit Melaka sebagai permulaan kepada agenda yang hebat ini.

Seterusnya, menyebar luas kempen ini di Negeri Sembilan kerana ada yang menamakan sesetengah kawasan dengan nama asing – Bandar Ainsdale dan Forest Height.

Ia memperlihatkan betapa kurangnya sensitiviti pihak berkuasa tempatan dan pemaju dalam mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia, Datuk Haji Sudin Kamari dan Cikgu Hanafiah begitu gembira dengan langkah kami dan mengharapkan kerjasama berterusan kerana ISMA dan persatuan sejarah seperti mereka adalah sebuah pasukan.

Di akhirnya mereka mengisi borang keahlian ISMA kerana kepercayaan mereka kepada agenda yang diperjuangkan.

Terima kasih Datuk dan Cikgu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button