Berita UtamaUtama

Polis nafi selesai kira barang rampasan 1MDB

Laporan media dakwa 433 jam tangan bernilai RM80 juta tidak benar

KUALA LUMPUR, 29 Ramadan 1439H, Khamis – Polis hari ini menolak laporan media mengatakan pihaknya telah selesai mengira jam tangan yang dirampas dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Amar Singh berkata, laporan akhbar China Press bahawa pihak polis telah siap mengira 433 utas jam tangan dikatakan bernilai RM80 juta bersifat ‘pramatang’.

Beliau berkata, jabatan itu masih dalam proses menganggarkan nilai rampasan daripada tiga unit kondominium mewah Pavilion Residences di Kuala Lumpur pada 18 Mei.

Terdahulu, China Press melaporkan proses anggaran nilai barang rampasan berkaitan, termasuk 433 jam berjenama, telah selesai dan bernilai RM80 juta keseluruhan.

Terdapat seutas jam dikatakan bernilai RM3.5 juta.

Laporan itu juga menyebut polis juga telah selesai menilai nilai ‘emas’ dirampas.

“Satu sidang media rasmi akan kami adakan untuk memaklumkan nilai sebenar jam dam barangan kemas lain selepas proses penentuan ketulenan dan nilaiannya selesai,” tegasnya.

Pada 25 Mei lalu, Amar memberitahu rampasan wang tunai bernilai RM114 juta.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close