Berita UtamaUtama

PM, isteri adakan rumah terbuka Aidilfitri esok

Puluhan ribu rakyat dijangka hadir, rai Syawal di Seri Perdana

PUTRAJAYA, 29 Ramadan 1439H, Khamis – Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya esok.

Rumah terbuka Perdana Menteri yang akan diadakan bermula jam 10 pagi hingga 4.30 petang itu dijangka menerima puluhan ribu pengunjung.

Orang ramai dijangka mengambil peluang menghadiri rumah terbuka berkenaan untuk turut sama meraikan sambutan Syawal bersama pemimpin utama negara itu.

Selain Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan mengadakan rumah terbuka di Pagoh dan Bukit Gambir, Johor pada Ahad dan Isnin ini.

Rumah terbuka Ahli Parlimen Pagoh itu akan diadakan di Kompleks Sukan Pagoh antara jam 9.30 pagi hingga 1.30 petang, dan di Dewan Serbaguna Bukit Gambir dari jam 10 pagi hingga 1 petang pada Isnin.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut mengambil kesempatan meraikan Aidilfitri bersama rakyat negeri itu di Dewan Seri Mantaloon, Ahad ini.

Tradisi rumah terbuka itu juga diteruskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akan diadakan di kediamannya di Sri Kenangan, Pekan jam 10.30 pagi esok.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close