Berita UtamaUtama

Jamin bekalan ubat diurus telus

Tangani sebarang bentuk pembaziran, ketirisan: Dr Dzulkefly

BANGI, 29 Ramadan 1439H, Khamis – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memastikan proses rantaian bekalan perubatan dilakukan dengan lebih cekap, bertanggungjawab dan telus, dalam usaha menangani sebarang bentuk pembaziran.

Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad mengulangi kenyataan yang lalu bahawa KKM akan memperbaiki sebarang kelemahan sedia ada termasuk menangani ketirisan dan salah laku jika ia terbukti.

“Saya ulangi kenyataan lalu, kami akan pastikan proses rantaian bekalan adalah cekap, bertanggungjawab dan telus.

“Bahkan, aspirasi kerajaan Pakatan Harapan memastikan dan perbaiki apa sahaja kelemahan sedia ada serta tangani sebarang bentuk pembaziran, ketirisan termasuk salah laku jika terbukti,” katanya dalam kenyataan ringkas di Twitter, hari ini.

Sebelum ini, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan ahli politik kerajaan terdahulu didakwa mengawal ubat-ubatan yang mencecah berbilion ringgit.

Perkara itu didedahkan menerusi sebuah dokumen 12 halaman, yang menyatakan bahawa syarikat berkenaan memonopoli beberapa jenis ubatan yang boleh menaikkan harga kos untuk diedarkan kepada hospital kerajaan dan klinik.

Difahamkan, dokumen itu menyenaraikan 20 syarikat yang dikaitkan dengan beberapa individu dikenali termasuklah bekas menteri, ahli keluarga diraja, pegawai tinggi Felda dan bekas duta di Amerika Syarikat.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close