Berita UtamaUtama

ADUN Sungai Tua, Ijok antara calon MB Selangor

Istiadat pelantikan dan angkat sumpah MB baharu pada 19 Jun ini

BANGI, 29 Ramadan 1439H, Khamis – Selangor bakal menerima Menteri Besar baharu tidak lama lagi, walaupun sehingga kini identiti individu yang akan mengisi kerusi paling penting dalam kerajaan negeri itu masih belum diketahui.

Bagaimanapun, dua nama disebut-sebut sebagai calon yang akan menggantikan Datuk Seri Azmin Ali, yang kini menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Ekonomi.

Dua calon terbabit adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari dan ADUN Ijok, Ahmad Idris Ahmad.

Dr Idris yang juga pakar sakit puan adalah calon pilihan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau juga turut mendapat sokongan daripada komponen lain dalam Pakatan Harapan.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, setakat ini pihaknya tidak mengetahui siapa yang akan menggalas jawatan itu.

“Kita perlu menunggu,” kata Fahmi seperti dilapor The Star, hari ini.

Menurut akhbar itu, majoriti wakil rakyat PKR Selangor menyokong jika Amirudin dilantik sebagai Menteri Besar.

Rata-rata mereka dilaporkan yakin dengan keupayaan Amirudin mengurus tadbir negeri memandang ia adalah penggal kedua beliau sebagai ahli Exco.

30 Mei lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sudah memberi perkenan untuk Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar baharu diadakan selepas Aidilfitri iaitu pada 19 Jun ini.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close