Berita UtamaUtama

Sejarah bakal tercatat pada sidang Parlimen 16 Julai

Pemindahan tempat menyaksikan BN duduk di kerusi pembangkang selepas kalah PRU14

BANGI, 29 Ramadan 1439H, Khamis – Sesi pertama Parlimen Ke-14 yang akan berlangsung bulan depan, bakal menyaksikan sejarah baharu pertukaran kerusi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Dewan itu akan menyaksikan peristiwa penting pada 16 Julai depan, apabila 116 ahli Parlimen Pakatan Harapan mengambil tempat sebagai kerajaan di bahagian kanan, manakala 57 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kerusi pembangkang.

Peralihan itu berlaku selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu, sekali gus mengakhiri pemerintahan 61 tahun BN sebagai kerajaan Pusat.

Setiausaha Dewan, Datuk Roosme Hamzah berkata, notis berhubung permulaan sidang Dewan Rakyat akan diserahkan kepada Ahli Parlimen selepas cuti Aidilfitri.

“Pelan tempat duduk dalam Dewan akan berdasarkan kepada keutamaan. Ahli Parlimen daripada kerajaan akan duduk di sebelah kanan Speaker.

“Manakala ahli Parlimen pembangkang di sebelah kiri,” katanya seperti dilapor The Star, hari ini.

Beliau berkata, kedudukan tempat duduk belum selesai berikutan perkembangan semasa di Sarawak, di mana 19 ahli Parlimen memutuskan keluar daripada BN dan membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang kekal sebagai pembangkang.

Menurutnya, turut diputuskan ialah tempat duduk 18 ahli Parlimen daripada PAS, sembilan Parti Warisan Sabah dan Upko yang mesra PH, dan tiga ahli Parlimen bebas dari Sabah.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close