Berita Utama

Tempoh khidmat Pengerusi SPR dipendek, berkuat kuasa 1 Julai

Yang di-Pertuan Agong perkenan khidmat Mohd Hashim dipendekkan

PUTRAJAYA, 28 Ramadan 1439H, Rabu – Tempoh perkhidmatan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipendekkan, berkuat kuasa 1 Julai ini.

SPR dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan pemendekan tempoh perkhidmatan itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dimaklumkan melalui surat daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara bertarikh 7 Jun.

Kenyataan itu menyebut pemendekkan tempoh perkhidmatan ini juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui surat rasmi pada 11 Jun 2018.

“SPR turut merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Hashim atas khidmat bakti beliau sepanjang perkhidmatan di SPR,” menurut kenyataan itu.

Mohd Hashim mula menyertai SPR pada 5 September 2014 sebagai Timbalan Pengerusi dan dilantik sebagai Pengerusi pada 24 Januari 2016. – Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close