Berita UtamaUtama

80 peratus sikap pemandu punca kemalangan

Disaran berehat secukupnya, jangan terburu-buru mulakan perjalanan

TELOK AIR TAWAR, 28 Ramadan 1439H, Rabu  – Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Pulau Pinang, M Thurkahthevi berkata, sikap pemandu dan penunggang motosikal antara penyebab utama kemalangan jalan raya.

“Ada juga daripada faktor lain, namun sikap pemandu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 80 peratus.

“Tidak merancang perjalanan dengan sempurna sekaligus menjadikan keadaan perjalanan menjadi kelam kabut antara faktor yang mendorong berlakunya kemalangan.

“Ia termasuk tidak merancang perjalanan dengan betul, tidak rehat dengan cukup sehingga mengganggu konsentrasi ketika pemanduan,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir dalam Program Semarakan Ramadan Diambang Syawal bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Pulau Pinang (JKJR), JPJ dan anjuran Kelab WARIS Pulau Pinang.

Justeru, beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika pemanduan.

“Rancang perjalanan dengan sebaiknya, jangan terburu-buru dan kejar masa, aturlah sebaiknya.

“Dan dalam masa sama utamakan keselamatan, harus diingat bukan sahaja keselamatan diri namun keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.       

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close