Berita UtamaUtama

Jho Low bersembunyi di Macau?

BANGI, 27 Ramadan 1439H, Selasa – Hartawan Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dipercayai sedang bersembunyi di Macau, lapor Reuters.

Difahamkan, pihak berkuasa Malaysia tidak dapat menahan Jho Low berikutan Malaysia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Macau.

Jho Low adalah antara individu yang paling dikehendaki pihak berkuasa ketika ini, kerana didakwa terlibat dengan kes penyelewengan dan salah guna kuasa dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

8 Jun lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Jho Low kini bersembunyi di negara, yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.

Khamis lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta ahli perniagaan itu tampil menghubungi agensi berkenaan bagi membantu siasatan kes berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Selain Low, Pengarah SRC, Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil turut diminta tampil membantu siasatan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close