Tarbiyyah

Sabah peluang dakwah pemuda Islam


PERJALANAN kembara ke Sabah bersama team Pemuda ISMA hujung minggu lepas memberi satu pandangan baru terhadap kehidupan.

Bermacam-macam ruang dakwah yang terbuka luas untuk dipelopori oleh pemuda-pemuda di sebelah sana. Juga isu-isu berkaitan hal ehwal umat Islam dapat dikaji untuk penyelesaian terbaik bagi menjamin kedaulatan Islam di sana.

Antara beberapa nota yang terlintas di fikiran bila mengingatkan perjalanan yang berakhir semalam adalah:

1) Peluang dakwah terutama buat pemuda asal semenanjung yang bekerja di sana. Tiada komitmen dekat dengan ahli keluarga, bahkan tinggi nilai-nilai kesukarelawanan mereka;

2) Perjalanan menarik menaiki bas dari Kota Kinabalu ke Sandakan. Hampir 7 jam bersimpang siur sambil menikmati keindahan permandangan Gunung Kinabalu sepanjang perjalanan di Kundasang;

3) Sepanjang perjalanan, dipenuhi dengan gereja-gereja yang didirikan oleh pendakwah Kristian Evangelist. Nampak tersusun. Hampir setiap kampung terdapat papan tanda menunjukkan gereja bahkan semuanya adalah sama, menunjukkan perancangan mereka yang amat-amat rapi;

4) Sedikit terkait politik. Akhir Mei lepas Ketua Menteri Sabah menjanjikan untuk menambah bilangan gereja di Sabah;

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/27/sabah-govt-to-help-build-places-of-worship-for-nonmuslims/

5) Semangat tinggi pemuda yang berpegang pada Islam di Sandakan. Berjumpa adik Yusuf, remaja berusia 18 tahun yang menggerakan aktivisme teman-temannya dalam membawa isu Islam di bumi Sandakan; (Lebih terharu, Yusuf merupakan seorang stateless yang tidak mempunyai dokumen diri)

6) Isu penduduk Muslim stateless di Sandakan. Mengalami masalah dari sudut pendidikan dan kesihatan, juga dinafikan peluang pekerjaan. Sehingga mendorong mereka membina perkampungan di sebalik timbunan sampah yang digelar ‘Kampung Sampah’ bagi mencari rezeki;

7) Masih isu stateless. Laporan perangkaan Disember 2015 menunjukkan terdapat hampir 900k insan stateless di Sabah dengan majoritinya adalah Muslim (hampir 750k). Rakyat yang sah berwarganegara Malaysia pula terbahagi kepada 1.3juta beragama Islam dan hampir 900k bukan beragama Islam.

http://www.malaysiaeconomy.net/download/18072016_1.pdf

8) Dalam masa sama, Timbalan Ketua Menteri Sabah Sabtu lepas menjanjikan beberapa perkara kepada masyarakat Sabah seperti:

– elaun untuk paderi dinaikkan
– penukaran status agama dalam kad pengenalan daripada Islam kepada agama lain bagi yang terkait (akan meningkatkan bilangan penduduk bukan Islam)
– benarkan kalimah Allah digunakan oleh masyarakat bukan Muslim.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/06/09/sabah-mulls-giving-pastors-priests-salaries/

Jika ada kesempatan, insyaAllah saya akan kongsikan nota-nota yang lebih mendalam bagi setiap perkara di atas.

Namun secara mudahnya, dapat disimpulkan bahawa tekanan politik di bumi Sabah, sedikit sebanyak memberi kesan kepada isu-isu keagamaan di sana.

Juga seruan kepada umat Islam di Semenanjung khususnya untuk memberikan lebih perhatian kepada isu-isu saudara kita di negeri di bawah bayu ini.

Nor Aizat Rahimi Rostam Rahimi
Exco Gerakan Belia
Pemuda Isma

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close