Berita UtamaUtama

Kerajaan digesa lantik golongan profesional, bukan ahli politik terajui GLC Pusat

Banyak kerugian ditanggung akibat pimpinan tidak berpengetahuan

KANGAR, 25 Ramadan 1439H, Ahad – Kerajaan digesa supaya menghentikan amalan pemerintah terdahulu yang meletakkan ahli-ahli politik tiada berpengetahuan dalam perniagaan bagi menguruskan syarikat milik kerajaan (GLC) negara mahu pun kerajaan negeri.

Naib Presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM), Datuk Zahar Hashim berkata, amalan tersebut mengakibatkan banyak kerugian dalam urus tadbir korporat sehingga menyebabkan matlamat untuk membantu Bumiputera dalam perniagaan gagal dicapai.

Malah, katanya, usahawan-usahawan daripada golongan itu juga terpaksa bersaing dengan GLC yang mempunyai modal lebih besar.

“DPIM sehubungan itu mencadangkan supaya kerajaan baharu melihat semula struktur pentadbiran GLC dan perbadanan di negeri-negeri. Letakkan mereka yang profesional dan berpengetahuan dalam perniagaan untuk memegang GLC,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Sementara itu, Pengerusi DPIM Cawangan Perlis, Fakhruddin Ar Razi Abdullah mengesyorkan kerajaan menjadikan
Thailand sebagai model bagi membantu memaju dan meningkatkan perniagaan khususnya usahawan Bumiputera di negara ini.

Thailand, katanya, telah terbukti berjaya menerusi banyak aspek dalam memberi sokongan terhadap industri tempatan seperti satu daerah satu produk (OTOP) yang terkenal di seluruh dunia.

“Sebagai contoh, mana-mana produk tempatan yang mencapai tahap lima bintang, diberi galakan untuk menembusi pasaran luar negara dengan pemberian diskaun 30 peratus syarikat penerbangan, Thai Airways.

“Kerajaan Thailand juga memberi kemudahan pembungkusan dan mengurangkan pelbagai birokrasi. Maka sebab itu, kita melihat produk tempatan mereka iaitu OTOP berada di mana-mana negara di dunia,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close