Berita UtamaKolumnisMuhammad Luttfi Abd Khalid

Di bawah naungan Pakatan Harapan, makruf boleh tukar jadi mungkar melalui aduan Twitter

Kalimat-kalimat ala-Sufi untuk memperkasa Islam dan menyelamatkan umat hanyalah retorik kosong tapi berbisa untuk membuaikan minda untuk mencapai hajat politik.

Belum genap 30 hari Pakatan Harapan menjadi kerajaan memerintah, rakyat sudah disajikan dengan beberapa perkembangan yang membimbangkan, khususnya yang melibatkan kepentingan umat Islam. Rupa-rupanya manifesto dan Buku Harapan hanyalah satu mitos dari segi perlaksanaannya.

Saya tidak berminat untuk menyentuh tentang 1MDB, Konsesi Tol, PTPTN, harga petrol, “temuramah” Siti Kasim dengan BERNAMA dan perlantikan Peguam Negara (ramai dah menulis tentang isu-isu ini) tetapi ingin memberi tumpuan kepada satu perkara sahaja, iaitu “hilang”nya liputan Progrem Galak Baca Al Qur’an Dalam LRT di bawah kempen #QuranSanaSinianjuran ISMA dan Portal Indahnya Islam (kempen tersebut).

Kronologi ringkas adalah seperti berikut:

2 Jun 2018, kempen dilancarkan, bermula di laluan LRT Stesen Gombak ke Stesen KL Sentral dan kembali semula ke Stesen Gombak melibatkan seramai 30 peserta dari kalangan anak muda.

3 Jun 2018, Zurairi AR (seorang pembantu editor berita di portal Malaymail) melalui akaun Twitternya meminta Menteri Pendidikan memberi penjelasan kenapa kempen tersebut mendapat liputan di akaun Twitter Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

5 Jun 2018, Zurairi melalui akaun Twitternya mengesahkan bahawa berita tentang kempen tersebut telah dipadamkan dari Akaun Twitter KPM.

Satu carian Google tentang kempen tersebut di akaun Twitter KPM turut mengesahkannya.

Saya hairan kenapa kempen yang sangat baik untuk memupuk amalan mulia di kalangan umat Islam (lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan) telah mendapat perhatian begitu besar dari seorang pembantu editor berita untuk terus meminta pengesahan daripada Menteri Pendidikan melalui Twitter.

Bagaimanapun saya tidak hairan langsung bilamana berita tentang kempen tersebut telah dipadamkan dari Twitter KPM ekoran “aduan” dari Zurairi.

Saya ingin bertanya kepada Menteri Pendidikan Malaysia:

Adakah membaca Al Qura’an dalam LRT menjadi satu jenayah di sisi beliau?

Dan adakah menjadi “religious” itu satu jenayah pada pandangan Menteri Pendidikan?

Saya khuatir, pada masa hadapan sebarang aktiviti keIslaman yang dilakukan di tepat-tempat awam akan menjadi sebab dan alasan untuk diambil tindakan undang-undang kerana telah “mengganggu” sensitiviti masyarakat bukan-Islam.

Tanda-tanda awal sudah kelihatan sejak sekian lama.

Umat Islam jangan terkejut bila mana amalan-amalan yang dahulunya dianggap sebagai perkara Ma’ruf akan perlahan-lahan bertukar menjadi amalan yang dikategorikan sebagai Mungkar.

Kerajaan Britain boleh menghalalkan amalan Homoseksualiti dan memberi perlindungan undang-undang kepada pengamalnya atas dasar liberal, kebebasan individu dan pemisahan ugama dari pemerintahan.

Demikian juga yang bakal berlaku sebaliknya di negara ini sekiranya rakyat dan para pemimpin politik ataupin pihak pemerintah membuat pilihan untuk menjadikan mana-mana amalan Islam sebagai satu bentuk “jenayah” yang perlu diambil tindakan perundangan terhadapnya.

Sekiranya hal demikian berlaku (Na’uzubillahi min zalik), umat Islam tidak boleh sama sekali menaruh harapan kepada para pemimpin atau ahli-ahli Parlimen Melayu/Muslim dari pihak pemerintah untuk membela kepentingan Islam dan umatnya.

Mereka tidak akan berani membantah sebarang usul ke arah itu, malah tidak mengejutkan kalau mereka turut menyokongnya.

Dan mereka akan mengecewakan kita dengan pelbagai alasan bodoh dan memualkan.

Untuk para penyokong kemungkaran di kalangan para “Islamis” liberal progresif, anda semua tidak perlu buang masa untuk singgah di wall saya dan cuba membela tindakan pemadaman kempen di atas.

Elok tumpukan segenap tenaga anda semua untuk terus membina negara.

Dan mengira timbunan ghanimah perjuangan di depan mata.

**********************

Kepada Menteri Pendidikan Malaysia, umat Islam ingin bertanya:

Adakah menjadi seorang yang beragama itu satu jenayah?

Mohd Luttfi Abdul Khalid

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close