Berita UtamaDunia

Netanyahu arah tentera siap sedia ceroboh Rafah

Kebimbangan makin memuncak, rakyat Palestin terus cari perlindungan

TEL AVIV, 27 Rejab 1445H, Khamis – Benjamin Netanyahu mengarahkan tentera bersiap sedia untuk memasuki bandar Rafah yang sesak di Gaza, walaupun pusingan baharu rundingan untuk gencatan senjata dengan Hamas dijangka dibuka pada Khamis di Kaherah.

Perdana Menteri negara haram Israel mengumumkan arahan itu selepas menolak respons Hamas terhadap cadangan gencatan senjata di tengah-tengah usaha diplomatik yang sengit baru-baru ini.

Ia juga seiring dengan kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken bahawa dia masih melihat ruang untuk persetujuan dicapai.

Hamas sebelum ini mengesyorkan perjanjian gencatan senjata selama empat setengah bulan, yang mana semua tebusan akan dibebaskan dalam beberapa peringkat.

Perjanjian itu juga termasuk pengunduran tentera Israel dari Gaza, satu langkah dikatakan oleh pegawai Israel sebelum ini bahawa mereka tidak akan bersetuju.

Dalam kenyataan di televisyen, Netanyahu berkata, beliau telah mengarahkan tentera untuk bersedia bagi beroperasi di bandar Rafah dan kemenangan penuh ke atas Hamas hanya tinggal beberapa bulan lagi.

Sementara itu, kebimbangan semakin memuncak bagi ratusan ribu rakyat Palestin yang mencari perlindungan di Rafah di sepanjang sempadan Mesir.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memberi amaran dorongan tentera ke bandar itu akan meningkatkan secara eksponen apa yang sudah menjadi mimpi ngeri kemanusiaan.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button