Berita UtamaDunia

UAE jadi negara Arab pertama hantar angkasawan ke ISS

Sebahagian misi SpaceX Crew-6 yang akan dilancarkan di Pusat Angkasa Kennedy, tahun depan

WASHINGTON, 1 Syawal 1443H, Isnin – Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal menghantar angkasawan dalam misi jangka panjang ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tahun depan, sekali gus menjadikan negara Arab pertama yang melakukan demikian.

UAE yang menyertai misi enam bulan tersebut merupakan sebahagian daripada misi SpaceX Crew-6, yang dijadualkan dilancarkan pada separuh tahun pertama 2023 di Pusat Angkasa Kennedy di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Justeru, Pusat Angkasa Mohammed Bin Rashid (MBRSC) akan menjadi misi jangka panjang negara Arab yang pertama.

Pengumuman berkenaan dibuat selepas perjanjian yang dimeterai antara MBRSC dan Axiom Space di kedutaan UAE di Washington.

“Kami amat berbesar hati untuk menandatangani perjanjian dengan Pusat Angkasa Mohammed bin Rashid dari UAE, sekali gus menandakan kali pertama syarikat angkasa lepas komersial telah mewujudkan misi sedemikian.

“Axiom Space dalam masa sama melahirkan rasa bangga berikutan berjaya menyediakan MBRSC peluang kepada angkasawan UAE, bagi membolehkan misi pertamanya ke ISS,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiom Space, Michael Suffredini.

Tahun lalu, UEA mencipta sejarah tersendiri dengan program Hope Probe menjadikan negara Arab pertama dan negara kelima di dunia yang tiba ke planet Marikh.

Menerusi misi berkenaan penemuan jenis aurora baharu di Planet Marikh, mencabar pemahaman saintis tentang planet itu, yang dianggap tidak mempunyai aurora.

UAE juga mempunyai rancangan untuk melaksanakan pendaratan ke bulan menjelang 2024 yang merupakan sebahagian daripada projek bernilai AS$100 juta.

Projek itu adalah hasil perjanjian yang ditandatangani antara syarikat angkasa lepas SpaceIL dan UAE dan akan menjadi pendaratan terbaik dalam sejarah penerokaan angkasa lepas.

Misi yang dikenali Beresheet 2 tercipta selepas misi pada 2019 gagal sejurus selepas dilancarkan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button