Asean/Asia-PasifikBerita UtamaDuniaPalestinUtama

Rejim Zionis haram pelancong Indonesia melawat Al-Aqsa

Tindak balas dibuat selepas Jakarta gantung visa kepada warga Israel

TEL AVIV, 15 Ramadan 1439H, Khamis – Rejim Zionis Israel mengharamkan kemasukan pelancong Indonesia ke wilayah Palestin, sebagai tindak balas terhadap langkah Jakarta menggantung pengeluaran visa kepada warga Israel, berikutan kekejaman yang berlaku di Gaza minggu lalu.

Indonesia dengan tegas mengutuk tindakan kejam Israel terhadap rakyat Palestin ketika tunjuk perasaan yang diadakan sempena 70 tahun Peristiwa Nakba, baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, jurucakap Kementerian Luar Israel, Emmanuel Nahshon berkata, Israel berusaha mengetepikan keputusan Indonesia menggantung visa kepada rakyatnya, tetapi langkah itu gagal dan tindakan mengharamkan pelancong Indonesia memasuki Palestin terpaksa diambil.

Kedua-dua negara tidak mempunyai hubungan diplomatik, tetapi Tel Aviv dan Jakarta mengekalkan hubungan ekonomi, membolehkan warga Israel melawat Indonesia menggunakan visa perniagaan atau visa sementara.

Setiap tahun, ribuan umat Islam, termasuk rakyat Indonesia memasuki Israel untuk melawat Masjid Al-Aqsa, menggunakan visa khas.

Pada 2015, Israel melaporkan peningkatan dagangan kedua-dua negara mencecah AS$500 juta setahun. Indonesia mengeksport bahan mentah, termasuk plastik, kayu, arang batu, tekstil dan minyak sawit, ke Israel.

Rakyat Indonesia memberi sokongan kuat kepada Palestin, dengan menyaksikan tunjuk perasaan besar-besaran awal bulan ini sebagai membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis.

Minggu lalu, Jakarta turut memansuhkan cukai kastam ke atas semua jenis barangan Palestin yang diimport ke Indonesia. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close