TULAR

VIDEO | ‘Spiderman’ selamatkan budak

RAKAMAN menakjubkan menunjukkan seorang lelaki memanjat sebuah bangunan di Paris untuk menyelamatkan seorang budak lelaki berusia empat tahun yang bergayut di balkoni.

Klip video ini dirakamkan di kawasan 18th Arrondissement, menunjukkan lelaki itu memanjat tingkat empat bangunan berkenaan dalam beberapa saat untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.

Dia kemudiannya bergerak di tebing balkoni, sebelum mengangkat kanak-kanak terbabit sambil diperhatikan orang ramai.

Seorang lelaki lain di balkoni bersebelahan juga cuba mengangkat budak itu untuk diselamatkan, tetapi tidak mencapainya dengan baik kerana terhalang oleh penghadang, lapor Le Parisien.

“Terdapat pagar dan jurang antara mereka. Jiran itu tidak dapat memegang kemas kanak-kanak terbabit,” kata seorang saksi.

Kanak-kanak itu dilaporkan ditinggalkan sendirian oleh bapanya yang pergi ke sebuah kedai. – Agensi

 

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close