Berita UtamaUtama

Pemilikan sijil halal hanya saranan: KM Melaka

Kerajaan negeri akan terus pertingkat usaha promosi produk halal


MELAKA, 12 Ramadan 1439H, Isnin
– Kerajaan Melaka tidak memaksa atau mengeluarkan arahan supaya pengusaha hotel dan restoran di negeri itu mendapatkan sijil halal, kata Ketua Menteri, Adly Zahari.

Beliau berkata, kenyataannya pada Sabtu lalu hanyalah berbentuk saranan, dan ia terpulang kepada pengusaha hotel serta restoran untuk berbuat demikian.

“Untuk mendapatkan sijil halal atau tidak, terpulang kepada mereka (pengusaha hotel dan restoran) kerana saya hanya menyarankan bagi membantu mereka mendapat pelanggan beragama Islam yang tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap makanan disajikan.

“Jadi, perkara ini tidak perlu menjadi isu kerana semuanya terpulang kepada pengurusan hotel atau restoran masing-masing, bagaimanapun kerajaan negeri akan mempertingkatkan usaha mempromosikan produk halal,” katanya seperti dilapor Berita Harian (BH), hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas respon pihak tertentu dan netizen di media sosial, yang tidak bersetuju dengan saranannya itu.

Bernama sebelum ini melaporkan, hanya 34 daripada 314 dapur di resort dan hotel di Melaka memiliki sijil pengesahan halal setakat ini.

Susulan perkara itu, Adly menyaran supaya pengusaha hotel dan restoran di Melaka mendapat sijil halal bagi meningkatkan keyakinan pengguna terutama orang Islam dalam memilih makanan yang mematuhi aspek Syariah.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close