Berita UtamaDuniaUtama

Qatar larang jual produk keluaran UAE, Arab Saudi

Pengusaha kedai diarah keluarkan barang daripada rak jualan

DOHA, 11 Ramadan 1439H, Ahad – Qatar telah mengharamkan produk barangan daripada Arab Saudi dan sekutunya dijual di semua premis di negara itu.

Kementerian ekonomi Qatar telah mengarahkan supaya semua kedai di seluruh negara mengeluarkan produk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir daripada rak jualan.

Pemeriksaan akan dijalankan untuk memastikan semua pengusaha kedai mematuhi arahan itu, kata kementerian berkenaan semalam.

“Kerajaan juga akan cuba menghentikan produk termasuk barangan tenusu Arab Saudi daripada memasuki negara itu,” katanya.

Arahan itu dikeluarkan beberapa hari sebelum ulang tahun krisis Teluk yang berlaku Jun tahun lalu, apabila negara berkenaan memutuskan 100 peratus hubungan dengan Qatar.

Ia selepas masing-masing mendakwa Doha melindungi pengganas, menyokong militan Syiah Hizbollah, al-Qaeda, campur tangan dalam hal ehwal negara lain dan cuba mencetuskan perselisihan di kalangan pegawai kerajaan asing.

Antara kumpulan ekstremis yang didakwa Arab Saudi dibantu dan disokong Qatar ialah Ikhwanul Muslimin; ISIS dan al-Qaeda dengan maksud merencana hasutan menerusi media mereka.

Empat negara itu juga menutup ruang udara mereka kepada Doha serta tidak membenarkan rakyat Qatar memasuki negara mereka.

Sementara itu, Pejabat Komunikasi Kerajaan Qatar (GCO) berkata, larangan berkenaan adalah untuk melindungi keselamatan pengguna.

“Qatar telah menjalankan dasar perdagangannya selaras dengan semua perjanjian multilateral dan bilateral,” katanya.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close