Berita Utama

Perak akan tunai janji beri air percuma

Perbincangan dengan pentadbiran Lembaga Air Perak sedang dibuat

TAPAH, 11 Ramadan 1439H, Ahad – Kerajaan Perak akan menunaikan 1 daripada 31 janji yang ditawarkan kepada rakyat Perak iaitu pemberian air percuma kepada golongan sasaran.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata, proses perbincangan bersama pentadbiran yang berkaitan sedang dibuat, termasuk dengan Lembaga Air Perak (LAP).

“Kami dapati ada ruang luas yang mencukupi untuk kami laksanakan dalam masa terdekat.

“Jadi kami akan tentukan definisi yang lebih jelas mengenai kumpulan sasaran yang akan merasai nikmat pemberian air percuma itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama kariah di Masjid Jamek Ar-Rahmaniah, Chenderiang, semalam.

Adun Chenderiang itu berkata, tawaran tersebut akan dilaksanakan dalam 100 hari pertama, namun mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri.

Pihaknya mempunyai keyakinan penuh terhadap LAP untuk melaksanakan 1 daripada manifesto pilihan raya Pakatan Harapan Perak.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close