Berita UtamaUtama

Pengerusi Risda sedia letak jawatan jika diarah

Zahidi laksana tugas seperti biasa, masih tunggu arahan selanjutnya

BANGI, 10 Ramadan 1439H, Sabtu – Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Datuk Zahidi Zainul Abidin akan terus melaksanakan tugas seperti biasa, selagi tidak diarah meletakkan jawatan.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi Padang Besar itu berkata, beliau sedia melepaskan jawatannya, jika ada pelantikan baharu daripada kerajaan Pakatan Harapan (Harapan).

“Saya tunggu arahan selanjutnya untuk letak jawatan. Bukan saya seorang sebab semua lantikan politik kita tunggu masa untuk letak jawatan.

“Kami sekarang tidak ke pejabat, cuma kita terlibat program-program yang perlu sahaja. Kita tunggu lantikkan baru untuk serah tugas,” katanya seperti dilapor sebuah portal, hari ini.

Perkara itu dinyatakan beliau susulan BN tidak lagi mentadbir negara selepas kalah teruk kepada kerajaan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

Zahidi dilantik sebagai pengerusi Risda pada September 2015. Badan itu bernaung bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close