Berita UtamaUtama

Shahidan, Zahidi derhaka terhadap Raja Perlis

PPBM mohon pihak istana lantik Menteri Besar baharu

KANGAR, 9 Ramadan 1439H, Jumaat – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim, dan Setiausaha Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin, dianggap menunjukkan sikap biadab terhadap Raja-Raja Melayu.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kangar, Khizanif Khizan berkata, Raja Perlis adalah salah seorang Anggota Majlis Raja-Raja yang mesti dihormati semua pihak, terutama rakyat negeri Perlis sendiri.

“Kenyataan Shahidan dihadapan media kelmarin berhubung isu MB Perlis ini menunjukkan dia semakin tertekan dan menonjolkan sikap sebenarnya yang kemaruk kuasa sehingga sanggup mengetepikan Tuanku Raja Perlis.

“PPBM Kangar memahami hasrat DYMM Tuanku Raja Perlis yang mahukan agenda pembangunan negeri diteruskan. Pada masa yang sama PPBM Kangar juga tetap mendukung dan menghormati prinsip-prinsip demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Khizanif berkata, PPBM memohon pekenan Raja Perlis supaya mempertimbangkan pemilihan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain yang diyakini mampu untuk menjadi Menteri Besar baharu.

BACA: Politik Perlis, lagu 10 budak hitam
link: https://www.ismaweb.net/2018/05/25/politik-perlis-lagu-10-budak-hitam/

“Ini kerana Datuk Seri Azlan Man tidak mempunyai sokongan yang signifikan daripada kalangan Adun, manakala Datuk Ismail Kasim telah menarik diri.

“PPBM Kangar juga memohon agar Tuanku Raja Perlis mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penderhakaan Shahidan kepada baginda supaya menjadi contoh kepada semua bahawa tidak sewenang-wenangnya memperlekehkan institusi diraja,” katanya.

Kemelut politik di Perlis menjadi panas apabila Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail berkenan melantik Azlan sebagai menteri besar, menolak cadangan Shahidan yang menamakan adiknya, Ismail, sebagai menteri besar baharu.

Berikutan itu, sembilan Adun UMNO yang menang pada PRU14 lalu, memboikot majlis angkat sumpah Azlan di Istana Arau. Perbuatan itu menyebabkan Raja Perlis murka.

Semalam, Shahidan selepas bertemu kepemimpinan tertinggi UMNO di Kuala Lumpur, memaklumkan bahawa Azlan dipecat daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta. Ini menjadi Azlan sebagai wakil rakyat Bebas.

Pada PRU lalu BN mendapat majoriti dua pertiga apabila memenangi 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis sekali gus membentuk kerajaan negeri

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close