Berita Utama

Tun M sambung kuarantin di rumah

Keluar IJN pagi tadi, positif COVID-19 Rabu lalu

KUALA LUMPUR, 7 Safar 1444H, Ahad – Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad dibenar keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.30 pagi tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi kenyataan ringkas oleh pejabat beliau.

“Dr Mahathir telah dimasukkan ke IJN setelah disahkan positif COVID-19 pada 31 Ogos lalu. 

“Beliau akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga Selasa, 6 September ini,” katanya ringkas.

Sebelum ini,  Dr Mahathir itu pernah dimasukkan ke IJN awal Januari tahun ini untuk menjalani prosedur perubatan elektif.

Pada 16 Disember tahun lalu, media melaporkan Dr Mahathir turut dimasukkan ke institut itu untuk menerima rawatan sama.

Dr Mahathir pernah mendapat serangan jantung pada tahun 1989 dan dua lagi serangan jantung pada tahun 2006 iaitu setahun kemudian beliau menjalani pembedahan pintasan kuadrup.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button