Berita UtamaDunia

Remaja Palestin mati ditembak pengganas Zionis

Lebih 60 penduduk terbunuh dalam pertempuran di sempadan Gaza

RAMALLAH, 8 Ramadan 1439H, Khamis – Seorang remaja Palestin yang ditembak tentera pengganas Israel ketika pertempuran di Tebing Barat minggu lalu meninggal dunia, semalam.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan, remaja berusia 15 tahun berkenaan ditembak di pintu masuk Al-Bireh, utara Ramallah di Tebing Barat.

Mangsa sebelum ini dilaporkan cedera parah kerana ditembak di bahagian perut, ketika pertempuran pada 15 Mei lalu.

Sempadan Gaza menjadi hari paling berdarah ekoran pemberontakan rakyat Palestin terhadap pembukaan kedutaan AS di Baitulmaqdis pada 14 Mei lalu.

Beberapa tunjuk perasaan kecil juga berlaku pada 15 Mei, ulang tahun mengingati Peristiwa Nakba yang menyaksikan ratusan ribu penduduk Palestin menjadi pelarian selepas perang untuk penubuhan Israel.

Lebih 60 penduduk Palestin terbunuh dalam pertempuran di sepanjang sempadan Gaza dalam tempoh dua hari. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close