Berita UtamaUtama

Pengerusi PTPTN letak jawatan

Shamsul akan beri fokus sebagai Ahli Parlimen Lenggong, MT UMNO

BANGI, 7 Ramadan 1439H, Rabu – Datuk Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau yang menerajui PTPTN sejak 2013 memberitahu, surat peletakan jawatan sudah dihantar pada 15 Mei lalu.

Katanya seperti lapor sebuah portal liberal, keputusan itu dibuat berikutan Barisan Nasional (BN) gagal menerajui kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Shamsul bagaimanapun akan memberi fokus dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Semalam, Kementerian Pendidikan memaklumkan akan memberi tumpuan bagi merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu adalah 10 janji dalam 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan (Harapan).

“Kita akan melihat isu itu secara komprehensif dan holistik bagi merealisasikan janji tersebut. Selagi gaji belum mencecah RM4,000, mereka tidak perlu bayar (PTPTN). Kita tidak tetapkan tempoh-tempoh tertentu,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close