Dr Ahmad Sanusi AzmiKolumnis

Pahala menjamu orang berbuka

1. Selain hanya berpuasa, Rasulullah menggalakkan para sahabat memberi makan orang berbuka puasa. Sabda Baginda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِمْ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا

“Barangsiapa yang memberi makan orang berbuka puasa, dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berbuka, tidak kurang sedikit pun dari pahala mereka.” (Ibn Majah)

2. Sa’d ibn Muaz (atau Sa’d ibn Ubadah) bijak mengambil peluang ini. Beliau menjamu Baginda Nabi berbuka sehingga Rasulullah sendiri mendoakan ke atas beliau:

“أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الْأَبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلَائِكَةُ

“Telah berbuka puasa disisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat”. (al-Tirmizi)

3. Menjamu orang yang berbuka bukan sahaja memperolehi pahala mereka yang berpuasa tersebut bahkan mendapat doa kebaikan dari mereka.

4. Atas sebab itulah beberapa orang dari salafusoleh sangat menitik beratkan perkara ini. Abdullah ibn Umar dikatakan tidak berbuka melainkan bersama dengan anak yatim dan fakir miskin. Amalan yang sama dilakukan oleh Daud al-Ta’i, Malik ibn Dinar dan al-Imam Ahmad ibn Hanbal. (Tafsir Ibn Rajab)

5. Ramadan menyediakan kita ruang dan peluang yang luas untuk meraih pahala yang tidak boleh dijangka.

Dr Ahmad Sanusi Azmi 
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close