Berita UtamaUtama

Projek tak telus BN punca hutang cecah RM1 trilion

Semak semula projek mega ECRL, HSR bagi selamatkan ekonomi negara

PUTRAJAYA, 6 Ramadan 1439H, Selasa – Hutang negara yang mencecah RM 1 trilion berpunca daripada projek mega kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu yang tidak telus, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

“Kos ini memberi kejutan kepada pentadbiran baru, tetapi hal ini turut dibincangkan pagi ini tetapi kita harus lihat maklumat terperinci mengenai apa yang menyumbang kepada hutang besar hampir RM1 trilion itu.

“Sebahagiannya ialah kerana proses (kewangan kerajaan) tidak terbuka, telus dan kebanyakan projek tidak dimasukkan ke dalam perbelanjaan dan bukan di bawah belanjawan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat daripada pasukan Unit Perancang Ekonomi, komponen penting dalam kementerian baru itu di Pejabat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, di sini, hari ini.

Azmin berkata, beliau akan menyemak semula projek-projek mega seperti Projek Rel Pantai Timur (ECRL) dan Projek Rel Kelajuan Tinggi (HSR) selaras dengan manifesto Pakatan Harapan untuk menyelamatkan ekonomi negara.

“Kami akan menyemak dan berunding semula terma projek berkenaan. Tetapi jika ia masih belum dilaksanakan, kita akan fokus kepada projek yang akan berikan kesan langsung kepada rakyat seperti soal infrastruktur asas di kawasan kampung, saluran elektrik dan bekalan air,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close