Aminuddin bin YahayaBerita UtamaKolumnis

Isu agama amat relevan dalam PRU14: Aminuddin Yahaya

KALAU dinilai dari segi pencapaian PRU14, pada pandangan saya PAS merupakan parti paling cemerlang. Walaupun dihina, ditohmah, difitnah dengan pelbagai isu tetapi PAS telah berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu.

Hampir-hampir menguasai Kedah dan hampir menjadi ‘kingmaker’ di Perak, juga merebut beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang.

Ini semua kawasan majoriti Melayu Islam dan mempunyai ramai pengundi muda. PAS hampir-hampir buat ‘clean sweep’ di Terengganu dan Kelantan.

Jadi, andaian yang mengatakan isu agama dah tak relevan dan menakutkan adalah jauh meleset. Agama masih sangat relevan dan dekat dihati umat Islam.

Cuma di Pantai Barat ini, oleh kerana ramai bukan Islam dan mereka ini dimomokkan seolah-olah Islam itu lemah, terkebelakang, tidak sesuai dan lain-lain oleh pendamba jawatan dan kemahsyuran, maka PAS ditolak.

Itupun saya rasa tiada calon PAS yang hilang deposit. Ertinya isu agama masih sangat relevan. Andai kata penduduk bukan Islam memahami akan keadilan Islam, maka saya yakin masa depan PAS amat cerah untuk memerintah negara.

Cuma, bagaimana PAS menghadapi persepsi ini dan menangkis hujah-hujah songsang golongan liberalis, akan menentukan nasib PAS dimasa hadapan.

Syabas PAS!

Bagi yg mengatakan isu agama tidak penting, kita nak tengok sejauh mana mereka berjaya membawa perubahan. Kalau setakat memperkasakan Corporate Governance, bagi saya ia tidak lebih hebat dari negara-negara barat.

Tetapi perubahan yang kita nak ialah perubahan yang mendasari hakikat kemanusiaan itu sendiri. Sejarah membuktikan hanya Islam berjaya membawa manusia kepada kecemerlangan yang hakiki.

Selain daripada itu ia tidak lebih hanya sekadar mainan politik yang terjerat dek pemikiran barat yang terkandung dalam kerangka Liberal Demokrasi. Satu jelmaan baru ciptaan Barat yang digunakan untuk mengekang perkembangan Islam!

Aminuddin Yahaya
Timbalan Presiden Isma

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close