Berita UtamaUtama

Anwar mahu mansuh dasar afirmatif

Cadang satu program baharu diwujudkan sama rata semua kaum

BANGI, 4 Ramadan 1439H, Ahad – Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya dasar tindakan afirmatif terutama Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera di negara ini dihapuskan.

Beliau dalam satu wawancara bersama akhbar antarabangsa, AP berkata, satu program baharu perlu diwujudkan untuk membantu golongan miskin dan kurang berkemampuan tanpa mengira kaum.

Anwar berkata, orang Melayu yang kurang kemampuan akan menerima manfaat lebih banyak daripada dasar berkenaan.

Katanya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dimulakan pada tahun 1971 berikutan rusuhan kaum sewaktu peristiwa 13 Mei 1969 yang tercetus akibat perasaan prejudis dan tidak puas hati antara kaum, lantaran ketidakseimbangan ketara dalam ekonomi dan status sosial.

Dasar afirmatif seperti DEB merupakan satu dasar yang memberi sedikit keistimewaan kepada kaum peribumi dengan menyediakan peluang dan ruang kepada mereka untuk menyertai sektor ekonomi secara lebih efektif.

Matlamat DEB hanyalah untuk mengurangkan jurang ekonomi di kalangan masyarakat terutamanya di antara bumiputera dan bukan bumiputera.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, dasar itu adalah isu sensitif, di mana ramai orang Melayu berasa takut akan kehilangan hak keistimewaan mereka di bawah kerajaan baharu.

“Saya telah mengatakan bahawa DEB perlu dibongkar, tetapi tindakan afirmatif mestilah lebih berkesan.

“Saya percaya bahawa orang Melayu yang kurang bernasib baik akan mendapat lebih banyak manfaat melalui dasar tindakan afirmatif yang telu dan berkesan daripada DEB yang dirampas untuk memperkayakan kroni,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close