Berita UtamaDuniaUtama

Keganasan Israel di Gaza petanda PBB ‘runtuh’

Sikap berdiam diri PBB bawa dunia ke arah huru-hara

ANKARA, 1 Ramadan 1439H, Khamis – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan keganasan terbaharu di Semenanjung Gaza menunjukkan bahawa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah ‘runtuh’.

“Jika sikap berdiam diri terhadap kezaliman Israel terus berlanjutan, dunia akan segera diseret ke dalam keadaan huru hara di mana pengganas menguasai,” kata Erdogan di Ankara semalam.

Terdahulu, Erdogan mengutuk rejim Tel Aviv yang telah melakukan ‘keganasan negara’ dan ‘pembunuhan beramai-ramai’ ke atas Palestin.

“Saya mengutuk drama kemanusiaan ini, pembunuhan beramai-ramai, tidak kira siapa yang melakukannya, Israel atau Amerika.

“Kami akan terus berdiri dengan rakyat Palestin dengan tekad,” katanya.

Ankara telah menarik balik dutanya ke Israel untuk mendapatkan rundingan dan meminta duta Israel untuk keluar daripada Ankara.

Susulan itu, Israel turut memerintahkan duta Turki di Tel Aviv untuk keluar.

Sementara itu, Menteri Luar Negeri Rusia, Sergei Lavrov juga mengkritik Israel atas propagandanya terhadap rakyat Gaza yang telah memprotes terhadap pendudukan Israel terhadap wilayah Palestin. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close