Berita UtamaDuniaUtama

Empat pengganas serang ibu pejabat polis di Riau ditembak mati

Mereka mengaku taat setia kepada Daesh


JAKARTA, 1 Ramadan 1439H, Khamis – Polis Indonesia telah menembak mati empat lelaki yang dipercayai pengganas ketika mereka sedang melakukan serangan di ibu pejabat polis di Pekanbaru, Riau semalam.

Keempat-empat lelaki itu dilaporkan menggunakan pedang samurai untuk menyerang kakitangan di pejabat tersebut, kata jurucakap Polis Negara, Inspektor Jeneral Setyo Wasisto.

Beliau berkata, suspek memandu kenderaan mereka ke halaman pejabat polis sebelum keluar dari kenderaan tersebut dan melakukan serangan.

Dua kakitangan tercedera sementara seorang lagi maut setelah salah seorang daripada penjenayah itu cuba untuk melarikan diri dan melanggar kakitangan itu, katanya.

“Penyerang yang cuba melarikan diri berjaya ditangkap dan ditahan di balai polis Pekanbaru,” kata Setyo.

Seorang wartawan yang berada di tempat kejadian turut cedera selepas dilanggar kenderaan terbabit.

Setyo mengesahkan identiti tiga penyerang sebagai Mursalim, 42, Suwardi, 28, dan Adi Sufiyan, 26, yang semuanya merupakan penduduk Dumai, Riau.

“Mereka adalah ahli kumpulan Negara Islam Indonesia (NII) di Riau, yang merupakan sebahagian daripada rangkaian Daesh di Indonesia.

“Mereka semua mengaku setia kepada pemimpin Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi,” katanya – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close