Berita UtamaDuniaUtama

Warga Yaman adakan tunjuk perasaan protes pembunuhan besar-besaran rejim Israel

Penunjuk perasaan bersumpah tetap bersama dengan rakyat Palestin

SANA’A, 30 Syaaban 1439H, Rabu – Ribuan warga Yaman melakukan tunjuk perasaan di sekitar ibu kota Sana’a untuk mengutuk pembunuhan besar-besaran rejim Israel terhadap penunjuk perasaan Palestin yang tidak bersenjata di sepanjang sempadan Gaza, semalam.

Sambil membawa sepanduk dan bendera Palestin, penunjuk perasaan yang berkumpul di Bab Al-Yanan Square itu bersumpah untuk tetap bersatu dengan rakyat Palestin terhadap kekejaman rejim Tel Aviv.

Antara slogan yang dilaungkan terhadap rejim yang menduduki secara haram itu adalah “Mati Israel, Mati Amerika Syarikat, dan Hidup Palestin.”

Tunjuk perasaan besar-besaran itu diadakan sehari selepas tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 60 penunjuk perasaan, termasuk lapan kanak-kanak, dan mencederakan kira-kira 2,500 orang lain di sepanjang sempadan Gaza.

Pada hari Isnin, Amerika Syarikat memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, yang mencetuskan protes rakyat Palestin.

Penempatan Kedutaan Amerika Syarikat itu dilakukan lima bulan setelah Trump mengiktiraf bandar suci sebagai ibu negara Israel – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close