Berita UtamaUtama

Lembaga Pengampunan Diraja bersidang

CHERAS, 30 Syaaban 1439H, Rabu – Mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja berhubung pembebasan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mula bersidang jam 11 pagi tadi di Istana Negara.

Sumber Jabatan Penjara memaklumkan, sekiranya permohonan pengampunan diluluskan hari ini, pihak penjara akan melaksanakan prosedur pembebasan di Wad 2C, Hospital Rehabilitasi Cheras.

Katanya, selepas itu pasukan pengiring Anwar akan membawa beliau pulang ke kediamannya di Bukit Segambut.

“Pasukan Pengiring Anwar diketuai oleh PP Sirajuddin Abdul Majid bersama lebih 50 orang pegawai dan anggota Unit Kawalan & Pencegahan (UKP) dan Trup Tindakan Cepat (TTC) Jabatan Penjara Malaysia.

“Mereka dibantu Cawangan Trafik Wilayah Kuala Lumpur Cawangan Khas Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras dan Bahagian Ketenteraman Awam IPD Cheras,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close