Berita UtamaUtama

Ku Li sudah lama nyata isyarat kejatuhan UMNO

Apa yang berlaku ada hikmahnya

GUA MUSANG, 30 Syaaban 1439H, Rabu – Isyarat terhadap apa yang berlaku hari ini kepada UMNO telah lama dinyatakan oleh Ketua UMNO bahagian, Tengku Razaleigh Hamzah.

Pun begitu, hasil pertemuan ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim bersama Tengku Razaleigh di kediamannya di Kuala Lumpur, baru-baru ini, beliau berkata, kepimpinan Gua Musang tetap dengan pendirian untuk kekal bersama UMNO.

Syahbuddin berkata, apa yang berlaku kini ada hikmahnya di mana keinsafan pada orang Melayu apabila kuasa ditarik.

“Bagi mendepani situasi itu kini, ahli dan pimpinan perlu lebih bersabar dengan meletakkan kepentingan negara sebagai perkara utama.

“Kita parti terbesar, mempunyai Ahli Parlimen paling ramai dan kita ada potensi besar dalam negara. Melayu ramai yang masih berharap pada UMNO dan kita perlu ingat maruah perjuangan.

“Sekarang adalah masa untuk kita melihat bagaimana Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perintah negara dan penerimaan rakyat terhadap pimpinan beliau,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan kepada ahli supaya meningkatkan keyakinan kepada pimpinan parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan hentikan perebutan kuasa dalaman.

“Seminggu di bawah pemerintahan kerajaan baharu, sudah ada perpecahan yang berlaku dalam Pakatan Harapan.

“Yang menyesal pun dah ada dan janji Harapan tak sepenuhnya mampu ditunaikan. Yang berkuasa akan tunjuk kuasa mereka,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close