Berita UtamaUtama

Harga runcit minyak tidak berubah

Kerajaan beri subsidi jika harga minyak mentah dunia naik

PUTRAJAYA, 30 Syaaban 1439H, Rabu – Harga runcit bahan api bagi petrol serta diesel akan kekal dan tidak berubah mengikut harga semasa, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan menanggung subsidi supaya harga runcit bahan api itu terus kekal sekiranya berlaku kenaikan pada harga minyak mentah dunia.

“Harga minyak tidak akan naik dan tidak turun. Kalau tak cukup, kerajaan akan beri subsidi,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Kenyataan Dr Mahathir itu secara tidak langsung mengekalkan RON95 pada harga RM2.20 seliter, RON97 (RM2.47 seliter) dan diesel (RM2.20 seliter).

Harga berkenaan tidak berubah selama hampir dua bulan sejak 29 Mac lalu. Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak.

Menerusi sistem itu, harga minyak baharu akan diumumkan secara mingguan pada setiap Rabu, berbanding setiap bulan.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close