Berita UtamaUtama

Bekas Ketua SPRM, CEO 1MDB dilarang keluar negara

Mustafar sahkan dua individu terbabit disenarai hitam ke luar negara

BANGI, 30 Syaaban 1439H, Rabu – Jabatan Imigresen Malaysia mengesahkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad disenarai hitam ke luar negara.

Perkara itu disahkan sendiri Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali seperti yang dilapor Sinar Online, hari ini.

Mustafar berkata, selain bekas bos SPRM itu, pihak Imigresen turut menyenarai hitam Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

“Ya, saya sahkan,” katanya seperti dilapor akhbar itu.

Semalam akhbar berkenaan melaporkan, Dzulkifli tidak dibenarkan ke luar negara berdasarkan Semakan Status Perjalan Imigresen (SSPI) yang dibuat dengan menggunakan nombor kad pengenalan beliau.

Akhbar berkenaan mendakwa, nombor kad pengenalan itu juga sudah disemak dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengesahkan identitinya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa telah mengeluarkan arahan ke atas pihak berkuasa untuk menghalang Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara.

Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat beberapa lagi individu lain yang turut dikenakan tindakan sama, namun enggan mendedahkan identiti mereka

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close