Berita UtamaUtama

Setiausaha I-Medik Terengganu menang pingat emas di Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2018

Ekstrak daun sirih bahan utama dalam produk pencuci tangan

BANGI, 30 Syaaban 1439H, Selasa – Setiausaha Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Dr Aisyah Badhrulhisham berjaya merangkul pingat emas bagi kategori inovasi produk di Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2018, yang diadakan di Terengganu baru-baru ini.

Produk bahan pencuci tangan yang diberi nama Betelnizer hasil ciptaannya itu telah  mengalahkan lebih 300 universiti dan industri seluruh negara.

Beliau berkata, Betelnizer menggunakan ekstrak daun sirih dan kaduk sebagai komponen utamanya.

“Antara kelebihannya ialah ia menggunakan kandungan alkohol yang lebih minima berbanding bahan pencuci lain yang terdapat di pasaran.

“Ia juga mengandungi fungsi antibakteria dan antifungi semulajadi. Selain itu, Betelnizer juga mempunyai pelembab vitamin C dan E, dan haruman semulajadi yang menyenangkan,” katanya kepada Ismaweb.net.

Mengulas lanjut, beliau berkata, produk ini merupakan hasil kajian Sarjana Sains (Penyelidikan) Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) yang dibuat di bawah kelolaan Dr Ridzuan Mohd Pauzi.

Beliau meluahkan rasa bersyukur kerana mendapat peluang untuk terus belajar dan meneroka dengan lebih dalam lagi bidang mikrobiologi ini.

“Saya turut rasa bersyukur kerana mendapat para pendidik yang sangat membantu dan kuat memberi sokongan. Juga kepada suami dan ahli keluarga yang banyak berkorban untuk menyokong saya.

“Harapan saya moga terus dapat mencapai kecemerlangan dan menyumbang buat ummah dan bidang akademik, insya-Allah,” katanya.

Program ini telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Kolej Universiti TATI (TATiUC). 

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close