Berita UtamaUtama

Wan Rosdy MB Pahang baharu

ADUN Jelai sejak 2004 menang majoriti 10,207 undi

PEKAN, 29 Syaaban 1439H, Selasa – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail diperkenan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menjadi Menteri Besar Pahang.

Istiadat pelantikan dan angkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang diadakan di Balirung Seri Istana Abu Bakar di sini hari ini. 

Wan Rosdy telah menjadi ADUN Jelai sejak 2004 dan menang dengan majoriti 10,207 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) membabitkan pertembungan empat penjuru.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Pahang sebelum ini dijadual dilangsungkan pada Sabtu lalu, namun ditangguh sementara setelah Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memaklumkan memerlukan masa untuk mengenali semua ADUN baharu yang menang pada PRU14 baru-baru ini.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close