Berita UtamaDuniaUtama

Duta Kuwait ke PBB desak mesyuarat tergempar UNSC

Perlu penyelesaian atasi konflik kekejaman Zionis terhadap Palestin

KUWAIT, 29 Syaaban 1439H, Selasa – Kuwait mengutuk sekerasnya tindakan rejim pengganas Israel menyerang lebih 50 penunjuk perasaan Palestin di sempadan Gaza, termasuk pembukaan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis, semalam.

Serentak itu, Duta Kuwait di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mansour al-Otaibi mendesak Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengadakan mesyuarat tergempar bagi mencari penyelesaian konflik itu.

Semalam, sekurang-kurangnya 55 rakyat Palestin dalam perarakan ‘Great March of Return’ terbunuh, dalam pertempuran dengan rejim Zionis di sempadan Gaza-Israel.

Rejim pengganas Israel melepaskan tembakan peluru hidup, gas pemedih mata dan bom api ke arah kumpulan penunjuk perasaan di pagar Gaza yang berhimpun sejak enam minggu lalu.

Menurut pegawai kesihatan Gaza, 55 rakyat Palestin ditembak mati, manakala ribuan lagi cedera dalam serangan itu.

“Kami mengutuk dengan apa yang berlaku di Palestin,” kata Mansour, semalam.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close