Berita UtamaPRU14Utama

Agenda Cina lebih agresif pasca PRU14: Pemuda Isma

Tuntut jawatan TPM, iktiraf UEC timbul kerisauan di kalangan rakyat

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 29 Syaaban 1439H, Selasa – Permintaan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) supaya Kabinet yang dibentuk Tun Dr Mahathir Mohamad mewujudkan satu jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk wakil Cina, menunjukkan ketamakan politik tanpa mengendahkan sensiviti orang Melayu.

Ketua Biro Penerangan dan Kajian Pemuda Isma, Muslim Abdullah Zaik berkata, cadangan persatuan itu membuktikan agenda Cina diteruskan dengan lebih agresif pasca PRU14.

Katanya, jika dilihat pada analisa keputusan pilihan raya baru-baru ini, kerusi yang dimenangi DAP bertambah ke 42 kerusi Parlimen, sekaligus membuktikan kekuatan politik orang Cina di peringkat nasional.

“Pemuda Isma yakin tuntutan Hua Zhong untuk jawatan TPM dan Timbalan Menteri dalam beberapa kementerian penting untuk orang cina, dilihat sebagai kesinambungan kemenangan politik orang Cina

“Perlu diketahui, tuntutan itu bercanggah dengan semangat Malaysian Malaysia yang dianjurkan oleh DAP selaku wakil orang Cina dalam politik dan kerajaan,” katanya.

Dalam masa sama, Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) turut menggesa kerajaan supaya segera mengiktiraf UEC.

Muslim berkata, jika kita sedar, Dong Zhong memainkan peranan menekan kerajaan supaya pengiktirafan UEC dilakukan dengan segera.

Bahkan, inisiatif Dewan Perniagaan Malaysia – China (MCCC) juga turut berusaha mendapatkan jaminan kerajaan untuk terus menyokong inisiatif “Belt and Road” China.

Sebenarnya jelas Muslim, inilah yang menimbulkan kerisauan seluruh rakyat.

“Adakah slogan Malaysian Malaysia yang dilaungkan sekadar helah menjinakkan orang melayu, supaya agenda Cina dapat diteruskan dengan jayanya?

“Adakah seruan yang dilaungkan hanya retorik semata-mata, yang hanya digunakan ke atas kepentingan dan hak istimewa orang Melayu yang telah dijamin di dalam Perlembagaan?,” soalnya.

Justeru, Pemuda Isma menyeru persatuan-persatuan Cina untuk menghormati prinsip Perlembagaan Persekutuan dan tidak membuat tuntutan-tuntutan yang menggangu sensitiviti orang Melayu selaku kaum majoriti di Malaysia.

“Kami juga berharap agar kerajaan terus memainkan peranan dalam menjaga kepentingan dan sensitiviti orang Melayu,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close