Berita UtamaDuniaUtama

Ribuan rakyat Palestin bergerak ke Baitulmaqdis

Protes diteruskan tuntut hak pelarian Palestin kembali menduduki tanah hak milik

BAITULMAQDIS, 28 Syaaban 1439H, Isnin – Ribuan rakyat Palestin dari seluruh wilayah yang diduduki, termasuk Semenanjung Gaza dijangka bergerak ke Baitulmaqdis bagi menuntut hak penempatan semula, hari ini.

Mereka dilaporkan bergerak secara aman, manakala rejim Zionis Israel dijangka bertindak dengan segera terhadap pergerakan tersebut.

The Great March of Return yang telah berlangsung bermula 30 Mac akan berakhir pada 15 Mei untuk memperingati Hari Nakhba – peristiwa penubuhan Israel pada tahun 1948, ketika 750,000 rakyat Palestin telah dihalau keluar secara paksa dari Palestin.

Sejak demonstrasi bermula, tentera rejim pengganas Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 49 orang Palestin di daerah pantai yang terkepung.

Manakala, lebih 8,500 orang Palestin yang lain tercedera. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close