Berita UtamaDuniaUtama

37 rakyat Palestin terbunuh di sempadan Gaza

Angka kematian hari ini adalah terbesar sejak 30 Mac lalu

SEMENANJUNG GAZA, 28 Syaaban 1439H, Isnin – Sekurang-kurangnya 37 rakyat Palestin terbunuh angkara rejim pengganas Israel ketika perarakan ‘Great March of Return’ di sempadan Gaza, hari ini.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, jumlah kematian itu adalah yang terbesar dalam tempoh satu hari sejak protes berkenaan diadakan enam minggu lalu.

Kementerian itu berkata, dianggarkan 1,800 orang yang lain mengalami kecederaan, dan mengesahkan mangsa yang terkorban masih belum dikenal pasti.

Jumlah mangsa korban dan cedera yang meningkat menyebabkan hospital utama di Semenanjung Gaza, Hospital Al-Shifa menjadi sesak, sehingga terpaksa menerima rawatan di atas lantai.

Kebanyakan mangsa cedera dan korban disebabkan oleh tembakan peluru hidup, peluru getah dan serangan gas pemedih mata rejim pengganas Israel.

Kejadian itu meningkatkan lagi angka kematian dan kecederaan membabitkan rakyat Palestin sepanjang tempoh perarakan yang diadakan sejak 30 Mac lalu.

Perarakan berkenaan adalah bagi memperingati hari Nakba atau bencana yang jatuh pada 15 Mei, di mana ratusan ribu penduduk Palestin menjadi pelarian selepas penubuhan Israel pada 1948.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close