Berita UtamaDuniaUtama

Tiga gereja di Surabaya dibom, empat maut

Tiada pihak mengaku lancarkan serangan


JAKARTA, 27 Syaaban 1439H, Ahad – Sekurang-kurangnya empat maut manakala 13 lagi cedera dalam serangan pengebom nekad membabitkan tiga gereja di Surabaya, hari ini.

Jurucakap Polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera berkata, angka kematian mungkin meningkat kerana terdapat mangsa dalam keadaan kritikal.

Katanya, pihak berkuasa sedang berusaha mengenal pasti identiti kesemua mangsa.

Rakaman visual televisyen turut memaparkan serpihan bangunan bertaburan di pintu masuk sebuah gereja yang dikawal rapi oleh polis.

Pihak berkuasa dilaporkan turut menyiasat sama ada terdapat letupan keempat di sebuah gereja lain.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku melancarkan serangan. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close