Berita UtamaDuniaUtama

Tentera rejim Israel bom terowong Hamas

Jumlah kematian Great March of Return meningkat kepada 49 orang

GAZA, 27 Syaaban 1439H, Ahad – Pesawat tentera rejim pengganas Israel telah mengebom sebuah bandar di utara Semenanjung Gaza yang terkepung, semalam.

Pesawat itu dilaporkan melancarkan tujuh roket di sebuah ladang di bandar Beit Hanun.

Kenyataan tentera mendakwa bahawa pesawat itu menyasarkan sebuah terowong yang telah digali dekat Israel. Tentera Israel berkata, terowong itu milik gerakan Palestin, Hamas.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 49 terbunuh manakala 8,500 orang tercedera dibunuh tentera rejim itu dalam perarakan ‘Great March of Return’ di daerah Gaza.

Peserta demonstrasi menuntut hak untuk kembali ke rumah mereka yang dirampas oleh Israel pada tahun 1948.

Ratusan ribu penduduk Palestin telah menjadi pelarian selepas penubuhan Israel pada 1948.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close