Berita UtamaDuniaUtama

Seorang maut, 170 cedera di sempadan Gaza-Israel

Perarakan 'Great March of Return' akan berterusan sehingga 15 Mei

SEMENANJUNG GAZA, 26 Syaaban 1439H, Sabtu – Seorang rakyat Palestin terbunuh, manakala ratusan yang lain cedera dalam pertempuran dengan rejim Zionis di sempadan Gaza-Israel.

Jabr Salem Abu Mustafa, 40, menjadi mangsa terbaharu rejim berkenaan sewaktu perarakan besar-besaran ‘Great March of Return’ di daerah Gaza selatan Khan Younis, semalam.

Menteri Kesihatan Palestin berkata, tujuh daripada mangsa cedera kini dalam keadaan kritikal, termasuk seorang remaja berusia 16 tahun yang ditembak di muka.

Jumlah warga Palestin yang mengalami kecederaan dalam pertempuran sama juga meningkat  kepada 1,700 setakat ini.

Kematian Jabr Salem itu sekali gus meningkatkan angka kematian kepada 53 orang sejak protes berkenaan diadakan pada 30 Mac lalu.

Perarakan berkenaan adalah bagi memperingati Peristiwa Nakba atau bencana yang jatuh pada 15 Mei, di mana ratusan ribu penduduk Palestin menjadi pelarian selepas penubuhan Israel pada 1948.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close