Berita UtamaUtama

Tok Nan kecewa prestasi BN Pahang tak memberangsangkan

Bedah siasat keputusan PRU14 akan dibuat

BENTONG, 24 Syaaban 1439H, Khamis – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengakui berasa kecewa dengan prestasi partinya itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) kali ini.

Beliau berkata, beberapa kerusi Parlimen dan DUN di negeri itu menunjukkan keputusan yang mengejutkan terutama sekali di DUN Chenor dan Luit yang disifatkannya kawasan boleh menang.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan bedah siasat keputusan PRU14 sebelum laporannya diserahkan kepada kerajaan negeri yang bakal dilantik nanti supaya penambahbaikan dapat dilakukan demi memastikan kelangsungan BN pada masa depan.

“Secara keseluruhan, inilah yang dipanggil tsunami rakyat. Namun kita di Pahang memang cukup baik. Kalau dilihat di negeri lain, banyak kalah. Tapi bukan kita di Pahang.

“Walaupun kita hilang dua daripada tiga majoriti, tapi kita masih mampu mengawal dengan majoriti mudah, 25 daripada 17. Itu boleh dikirakan sebagai majoriti besar yang boleh menyumbang dengan kerajaan yang stabil,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close