Berita UtamaPRU14Utama

PAS rampas semula Terengganu

Ulang sejarah tahun 1999 ambil alih daripada Barisan Nasional

BANGI, 24 Syaaban 1439H, Khamis – PAS merampas semula kerajaan negeri Terengganu selepas menang 21 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim sebentar tadi mengumumkan PAS menguasai jumlah kerusi DUN bagi membentuk kerajaan negeri.

PAS mengulangi sejarah tahun 1999 apabila mengambil alih Terengganu daripada pentadbiran Barisan Nasional.

Antara 21 kerusi DUN yang menjadi milik PAS adalah Kota Putera, Jabi, Tepuh, Buluh Gading, Bukit Tunggal, Wakaf Mempelam, Bandar, Ladang dan Batu Buruk.

Pada PRU12 tahun 2004, PAS hanya menang di empat kerusi DUN. Manakala, pada PRU13, PAS menang di 14 DUN dan PKR satu DUN.

Dalam kempen terakhirnya baru-baru ini, PAS Terengganu berjanji untuk mengisytiharkan 10 Mei –esok- sebagai cuti khas jika parti itu berjaya mengambil alih pentadbiran negeri itu.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close