Berita UtamaUtama

PAS mungkin bantu BN bentuk kerajaan campuran di Perak

Keputusan ditentukan dalam mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat

IPOH, 24 Syaaban 1439H, Khamis – PAS Perak akan mengadakan satu mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat berhubung pembentukan kerajaan campuran di negeri itu, esok.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria memberi isyarat awal bahawa parti berkenaan bersedia bergabung dengan Barisan Nasional (BN) yang memenangi 27 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), bagi membentuk kerajaan campuran.

“PAS pastinya tidak boleh bekerjasama dengan parti yang tidak boleh menerima Islam, malah pernah menentang perjuangan Islam termasuk usaha menjayakan RUU355 di negara ini.

“Kalau macam dahulu PAS pernah dihalang untuk bawa RUU355, malah usaha kita itu juga langsung tidak disokong oleh DAP,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semalam, tiada mana-mana parti yang bertanding di Perak memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

Pakatan Harapan (Harapan) yang terdiri daripada PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (PAN) menang 29 kerusi DUN.

Sementara, BN mendapat 27 kerusi, manakala PAS hanya tiga kerusi. Untuk membentuk kerajaan, majoriti mudah yang diperlukan adalah 30 kerusi DUN.

Razman berkata, mesyuarat yang diadakan esok akan menentukan penubuhan kerajaan gabungan setelah semua parti termasuk Harapan dan BN tidak boleh membentuk kerajaan negeri menerusi majoriti mudah.

“Satu tahalulisasi perlu diadakan bagi menyelesaikan situasi yang berlaku di Perak bagi membentuk sebuah kerajaan gabungan.

“Kita pernah menjangkakan situasi seumpama ini akan berlaku dan PAS akan menjadi ‘king maker’, maka mana-mana parti yang boleh membantu memperjuangkan matlamat perjuangan PAS kita akan bersatu,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close