Berita UtamaDuniaUtama

Papan tanda kedutaan AS dipasang di Baitulmaqdis

Pejabat kedutaan AS dibuka secara rasmi dibuka 14 Mei

BAITULMAQDIS, 22 Syaaban 1439H, Selasa – Papan tanda yang menunjukkan jalan ke kedutaan Amerika Syarikat (AS) telah dipasang di Baitulmaqdis, menjelang pembukaan pejabat itu tidak lama lagi.

Papan tanda yang ditulis dalam bahasa Inggeris, Ibrani dan Arab itu dipasang di sepanjang jalan menuju ke pejabat konsulat AS di selatan bandar itu.

Pejabat konsulat berkenaan akan diubah suai sebagai kedutaan sebaik sahaja secara rasmi ianya dibuka pada 14 Mei ini.

“Langkah ini bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga akan menghalang keamanan daripada dicapai antara dua negara yang berdaulat dan demokratik di sempadan 1967,” kata perunding Palestin, Saeb Erekat dalam satu kenyataan semalam.

Pembukaan kedutaan AS di Baitulmaqdis dibuat selepas Presidennya, Donald Trump mengumumkan mengiktiraf tapak suci ketiga umat Islam itu sebagai ibu negara Israel.

Susulan perkara itu, Paraguay juga mengumumkan rancangannnya memindahkan kedutaan negara itu di Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada 22 Mei ini.

Pada Mac lalu, Presiden Guatemala, Jimmy Morales turut mengikut jejak langkah Paraguay memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis, berkuat kuasa 16 Mei.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close